|
09 August 2008
Laman ini untuk menemukan penulis dan pembantu penulis. Kami yakin ramai ingin menulis dan menghasilkan artikel atau buku, namun tidak siap-siap kerana cabaran dalam kehidupan.
Laman Jadi Penulis ini bertujuan untuk menggabungkan mereka yang sudah ada idea dan mereka yang mampu menerjemah idea ke dalam bentuk penulisan. Harapan kami ialah agar lebih banyak manuskrip yang terhasil - bersama kualiti yang tinggi - untuk disampaikan kepada penerbit-penerbit yang dahagakan karya yang baik untuk dinikmati oleh pasaran.
Jadi jika anda adalah penulis yang ingin menghasilkan lebih daripada 2 atau 5 buku setahun, inilah medannya.
Jika anda baru belajar menulis dan hanya ada pengalaman menulis di sekolah menengah atau universiti, jadikan kemampuan menulis ini untuk menjana pendapatan bagi anda.
Salam sukses untuk semua penulis!




